Pejabat Asrama

Pejabat Asrama

Sunday, June 20, 2010

Ini merupakan blog asrama ptsb..
Blog ini bertujuan utk berkongsi maklumat aktiviti-aktiviti..
Dan juga program yang dijalankan di asrama..
Tidak ketinggalan kerja-kerja yang dibuat di asrama..
Jika ada pandangan,cadangan mahupun kritikan sila kongsi disini..
Segala nama yang berada dan ditulis disini tidak mendapat persetujuan dari pemiliknya..
Jika sesiapa merasakan namanya tidak perlu di sini sila beritahu pada ruangan blog ini..



LATARBELAKANG ASRAMA


Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Kulim) mempunyai 6 blok kamsis dengan 702 bilik yang boleh menempatkan 1404 orang dalam satu masa. Selain itu kamsis juga mempunyai sebuah premis kafetaria dan sebuah blok pengurusan.

Pengurusan kamsis diterajui oleh seorang Pengetua Asrama. Beliau dibantu oleh Ketua Waden dan barisan waden-waden di dalam hal-hal yang berkaitan dengan akademik, kebajikan, aktiviti dan disiplin penghuni.

Hal-hal pentadbiran harian kamsis diterajui juga oleh Pengetua Asrama dan dikendalikan oleh seorang Penyelia Asrama Kanan, dibantu oleh empat orang Penyelia Asrama dan seorang Pembantu Am Pejabat.


OBJEKTIF KAMSIS

  •  Menyediakan tempat penginapan yang kondusif dan kemudahan-kemudahan yang dapat

membantu penghuni untuk mencapai kecemerlangan akademik dan bukan akademik (ko-kurikulum).

  •  Mewujudkan suasana yang membolehkan penghuni berinteraksi.

  • Memupuk sifat-sifat kepimpinan dan keusahawanan di kalangan penghuni.


JAWATANKUASA PENGHUNI KAMSIS (JPK)

JPK ialah satu badan yang mewakili semua penghuni kamsis dan diketuai oleh seorang Ketua atau
Pengerusi dan dibantu oleh barisan Biro yang dipilih.

Tujuan JPK ialah untuk,

☺ Memupuk bakat kepimpinan penghuni di peringkat kamsis.

☺ Merancang dan melaksanakan projek-projek serta aktiviti-aktiviti diperingkat kamsis dan Politeknik.

☺ Menjadi penghubung kepada pengurusan kamsis dalam hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan penghuni.

Dalam menjalankan aktiviti-aktiviti, JPK akan disediakan beberapa kemudahan seperti,

● Bilik Gerakan

● Bilik-bilik khas melalui tempahan

● Peralatan-peralatan yang berkaitan

● Peruntukan daripada yuran aktiviti yang dibayar oleh setiap penghuni.

Kejayaan setiap aktiviti bergantung kepada komitmen anda sebagai penghuni kamsis.


PERATURAN TAMBAHAN

1. Melekat Kenyataan dan Pelekat:

Sebarang kenyataan atau pelekat hanya boleh ditampal di papan kenyataan yang disediakan sahaja selepas

mendapat kebenaran daripada Pengarah,HHP atau Pejabat Kamsis.


2. Kekemasan dan Kebersihan Bilik:

Setiap penghuni bertanggungjawab setiap masa terhadap kebersihan dan kekemasan bilik masing-masing.

Semua peralatan (lampu, kipas, cermin tingkap) dan perabot (almari,katil,meja,laci,kerusi) di dalam bilik

mestilah sentiasa bersih dan berkeadaan baik. Setiap bilik dibekalkan dengan bakul sampah tertutup. Pastikan

semuanya diletakkan di dalam bilik.

Pastikan sampah dari bilik tidak disapu keluar ke koridor. Sampah sarap hendaklah dibuang di dalam tong

sampah besar yang disediakan disetiap aras sebelum 8.30 pagi.


3. Kasut/Selipar di koridor:

Bagi memastikan koridor bersih dan memudahkan laluan semasa kecemasan, penghuni dikehendaki menyimpan

item-item tersebut di dalam bilik masing-masing. Sekiranya masih diletakkan di luar bilik ia akan dirampas tanpa

sebarang notis.


4. Peraturan Berpakaian:

Semua penghuni diingatkan supaya mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh Panduan dan Peraturan Am

Pelajar Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Penghuni dilarang memasuki kafe dan pejabat asrama/kamsis

dengan memakai selipar atau kain/sarung pelikat atau batik atau kedua-duanya.


5. Peraturan Meletak Kenderaan:

Penghuni diminta meletak kenderaan masing-masing secara teratur ditempat yang telah dikhaskan serta

mengikut peraturan lalulintas. Pastikan semua kenderaan anda telah didaftar dan mendapat pelekat.

Sebarang kenderaan yang diletak tidak mengikut peraturan akan diambil tindakan.


6. Penjimatan Tenaga Elektrik:

Penghuni diminta bersama-sama membantu menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Pastikan suis kipas angin

dan lampu dipadamkan apabila tidak menggunakannya atau bila keluar dari bilik.

Semua lampu bilik mesti dipadamkan selepas jam 11.00 malam. Pemeriksaan akan dijalankan oleh pengurusan

kamsis dari masa ke semasa. Penghuni juga diminta menutup suis lampu yang terpasang di koridor atau bilik

air pada siang hari.

7. Penggunaan Komputer dan Pencetak di dalam Bilik:

Penghuni yang memilik dan menggunakan komputer di dalam bilik mestilah memohon kebenaran pihak

pengurusan kamsis/asrama melalui borang khas yang boleh didapati di pejabat kamsis/asrama dan bayaran

sebanyak R10.00 akan dikenakan untuk satu semester atau bagi tempoh yang kurang daripadanya.


8. Penggunaan Seterika dan Cerek:

Penghuni diminta menggunakan peralatan yang dibekalkan ini dengan cermat. Sekiranya didapati kerosakan

seterika/cerek disebabkan kecuaian penghuni secara sengaja atau tidak sengaja, bayaran akan dikenakan

ke atas penghuni tersebut atau kesemua penghuni aras berkenaan. Pelajar dilarang membawa peralatan

eletrik sendiri seperti seterika, cerek, pemanas air, radio melebihi 15 watt dan sebagainya.


9. Menyidai Pakaian:

Pastikan pakaian disidai di tempat yang telah disediakan seperti di ampaian setiap aras di blok

masing-masing sahaja. Pakaian yang disidai di tempat-tempat lain akan dirampas dan dikenakan dendaan.


10. Aktiviti Jualan di Bilik/Blok Asrama:

Sebarang aktiviti penjualan makanan, rokok dan lain-lain di dalam bilik/blok asrama adalah

TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.


11. Tuala Wanita (Sanitary Napkins):

Pastikan tuala wanita dibuang ke dalam `Sanitary Bin' yang disediakan. Membuang ke dalam mangkuk

tandas akan menyebabkan tandas serta `manhole' tersumbat dan menggangu keselesaan penghuni

sendiri. Denda akan dikenakan kepada semua penghuni aras yang terlibat.


12. Sampah Sarap dan Sisa Makanan:

Pastikan sampah-sarap dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Sisa makanan dimasukkan

ke dalam plastik dan diikat, sementara bahan kaca dibungkus dengan kertas terlebih dahulu sebelum

dibuang ke dalam tong sampah.


13. Kunci Bilik:

Pastikan anda mengunci bilik dan membawa bersama kunci anda apabila keluar dari bilik. Penalti akan

dikenakan ke atas penghuni yang meminjam kunci asal di pejabat asrama/kamsis.


14. Langsir:

Pastikan langsir tidak terkeluar dari tingkap atau digulung/disimpul atau seumpamanya. Penghuni juga

dilarang menanggal dan membawa keluar langsir dari bilik masing-masing bagi tujuan lain.


15. Panduan & Peraturan Am Pelajar Politeknik:

Semua penghuni Kamsis Politeknik Kulim mesti mematuhi Peraturan Am Pelajar Politeknik Kementerian

Pendidikan Malaysia.

2 comments:

  1. amat berguna... terima kasih...=)

    ReplyDelete