Pejabat Asrama

Pejabat Asrama

Sunday, February 24, 2013

Menang ♥



Terukir senyuman di wajah Pengurus Asrama PTSB kerana Unit Pengurusan Asrama telah memenangi Challenge Trophy, Audit Calling daripada Jabatan Pengajian Am PTSB Khamis lepas.

Audit dijalankan dengan menelefon secara rawak setiap jabatan dan unit dan menilai dari sudut etika menjawab telefon yang terbaik.

Tahniah kepada Unit Pengurusan Asrama..




Terima Kasih Jabatan Pengajian Am kerana telah menganugerahkan Trofi ini kepada pihak kami.
Unit Pengurusan Asrama amat-amat menghargainya... Terima Kasih..  ♥♥♥

Wednesday, February 20, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Pendaftaran Komputer dan Yuran Koperasi








PENDAFTARAN KOMPUTER SESI DIS 2012

Pendaftaran komputer boleh dibuat di pejabat asrama mulai 6 Januari sehingga 28 Februari 2013. Borang boleh diambil di pejabat asrama. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk pendaftaran. Untuk maklumat lanjut, sila ke pejabat asrama.


YURAN PELBAGAI (KOPERASI)

Semua penghuni asrama hendaklah membayar yuran pelbagai kepada koperasi PTSB di bank Islam dan menyerahkan resit di pejabat asrama sebelum peperiksaan akhir.

BAYAR KEPADA : KOPERASI POLITEKNIK KULIM
JENIS PEMBAYARAN : YURAN PELBAGAI / AKTIVITI
RM 20.00
NOMBOR AKAUN : 02057010027096

Sunday, December 23, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Tak lama lagi kita akan menghampiri penghujung tahun 2012. Macam-macam yang telah berlaku, berbagai-bagai ragam telah kami lalui.Mula-mula sekali berita yang mengemparkan unit asrama, iaitu pertukaran Ketua Warden merangkap Ketua Unit Asrama ke Politeknik Merlimau. Pemergian En. Yuhaizad merupakan kerugian buat semua warga asrama dan pelajar serta seluruh PTSB khususnya.

Proses pendaftaran pelajar baharu sesi DIS 2012 ke asrama berjalan lancar, jutaan terima kasih kepada En. Fuad dan semua AJKnya yang telah memudahcara proses kemasukan pelajar baharu.Tidak lupa juga kepada semua AJK MHS yang telah banyak membantu.Terima Kasih.Setelah nama-nama berjaya untuk pelajar senior telah dipilih warden dipaparkan.Sekarang ini proses rayuan pelajar senior sedang berjalan.Penyelia Asrama telah memilih pelajar-pelajar yang layak masuk ke asrama. Yang paling sibuk tentunya Puan Nor Asmah selaku Pengurus Asrama.

Siapa yang tidak kenal Pn. Asmah?

Sebagai pelajar asrama,memang wajib mengenali beliau,hairannya ada jugak masih tidak mengenali beliau. Kalau tidak kenal penyelia boleh lagi diterima, tapi kalau sampai warden tak kenal, pengurus asrama tidak kenal,sedih sungguh!

Proses rayuan pelajar senior berjalan lancar,namun ada jugak kisah-kisah yang lucu,pelik,sakit hati dan macam-macam lagi telah berlaku.Ragam dari pelajar dan juga ahli keluarga pelajar,namun kita lupakan semua itu dan pandang ke depan.

Sepanjang tahun 2012 ini Penyelia Asrama telah melakukan beberapa proses baik pulih di asrama:

1- Menaik taraf lantai bilik rekreasi ke lantai jubin V1,V2,V5 dan V6
2- Baik Pulih katil pelajar V3 dan V4
3- 300 unit pintu kayu telah ditukar di blok V3 dan V4
4- Penggunaan kad asrama/outing kepada pelajar

Kata Akhir dari kami, Selamat Tahun Baru 2013,tahun depan bakal lebih mencabar dan penuh dugaan. Semoga kita semua dipanjangkan umur dan murah rezeki. Kepada semua pelajar asrama, jika ada pertanyaan jangan malu dan takut untuk datang ke kaunter pejabat asrama pada waktu pejabat.

Terima Kasih semua...

Tuesday, January 10, 2012

2011 Dalam Kenangan


Inilah teraju utama asrama sekarang, dengan datangnya En. Amir (MA) dan Pn. Asmah sebagai Pengurus Asrama mengukuhkan lagi proses transformasi asrama yang akan kami jalankan sepanjang 2012 ini. Antara projek yang dijalankan sepanjang 2011 ialah:
  1. Langsir blok asrama ditukar baru.
  2. 6 unit water cooler ditambah di blok asrama.
  3. 200 unit katil pelajar telah dibaikpulih.
  4. 200 buah tilam telah ditukar sarung baharu.
  5. Blok V1, V3, V5 dan V6 telah mendapat ampaian berbumbung.
  6.  200 unit pintu kayu telah ditukar di blok V4, V5 dan V6.
  7. Menyediakan khidmat Pusat Rawatan di Asrama.

Dengan ketibaan 2012 kami berazam untuk memantapkan lagi kemudahan asrama di blok-blok. Kerja-kerja baik pulih akan diteruskan seperti biasa. Akhir kata Selamat Tahun Baru 2012...



 



    Tuesday, June 28, 2011

    Serba Sedikit Antara Kemudahan yang Ada di Asrama.










    Banyak lagi kemudahan yang ada antaranya Pusat Islam, Kafeteria, Koperasi, Laluan Berbumbung antara blok asrama ke dewan kuliah, Pusat Sukan serta Paintball.

    Saturday, December 18, 2010

    Unit Asrama Terkena Virus?


    Assalamualaikum semua...

    Kami mengalami masalah dengan komputer disini,jadi kami tidak dapat muat naik gambar-gambar terbaru kami. Pihak Sistem Maklumat sedang mengatasi masalah ini dengan kadar yang segera.

    Namun tidak salah rasanya kami ingin berkongsi cerita berkenaan proses pendaftaran pelajar baru pada
    28 November yang lalu.
    Proses pendaftaran berjalan dengan lancar sekali dengan hampir 700 pelajar baru semester DIS2010
    kemudian diikuti dengan pelajar senior yang berjaya menempatkan diri mereka di asrama..

    Suasana meriah melihatkan keluarga menemani anak-anak mereka ke asrama.

    Pada 22 Dis ini pula,pelajar yang membuat rayuan pula akan diterima masuk ke asrama.
    Proses pendaftaran akan bermula seawal 8.00 pagi.

    Tidak sabar rasanya... :-)